Visi dan Misi

Visi dan Misi

Sunday, 16 October 2016

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM  2016 
KOLABORASI DENGAN PSS SK BUKIT RAHMAT
DI KINGFISHER CAMPSITE, HULU LANGAT, SELANGOR

Pada 14/10 hingga 15/10, Unit Kokurikulum SK Bukit Rahmat dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat telah mengajurkan satu perkhemahan di Kingfisher Campsite, Hulu Langat, Selangor. Perkhemahan ini disertai oleh 34 orang murid tahun 5 dan 6 yang terdiri daripada ahli Pengakap dan Puteri Islam. Murid-murid diiringi oleh 6 orang guru pengiring iaitu Puan Adibah Binti Mohd Kalid (Guru Besar), Encik Mohd Syaiful Bin Abd Wahid (GPK KOKO), Cik Safura Binti Samsudin (Guru Perpustakaan dan Media), Puan Zaliha Binti Mohamed (Guru Penyelaras Program Tahun 6), Puan Roseliana Binti Rusli (Guru Penyelaras Pengakap), Puan Nurjannah Binti Jairani (Guru Penyelaras Kelab) dan Cik Norasikin Binti Mohd Johar (Guru Pendidikan Khas Integrasi).






Sebahagian ibu bapa yang menghantar anak-anak

Menikmati sarapan pagi di RnR Ayer Keroh

Kami tiba di Kingfisher Campsite pada pukul 11.30 tengah hari. Perkara pertama yang kami lakukan ialah chek in di Dorm Kedidi yang boleh memuatkan 17 orang peserta pada satu-satu masa. Dorm yang selesa dilengkapi dengan katil double decker dan mempunyai 2 bilik air.
Check in di Dorm Penginapan Kedidi

Hari pertama 

Aktiviti pertama kami ialah cara-cara membaca kompas. Cikgu Syaiful mengajar semua peserta cara-cara membaca kompas.
Aktiviti 1 -  Cara-cara Membaca Kompas

Aktiviti kedua ialah ikhtiar hidup. Setiap kumpulan diberi tugas untuk memasak murtabak maggi , memasak telur menggunakan botol air mineral dan memasak puding roti dengan menggunakan kotak minuman.


Antara masakan yang dipamerkan

Masakan dinilai oleh para guru pengiring
Hari kedua

Aktiviti kami ialah melepasi halangan (obstacle). Antara halangan tersebut ialah monkey rack, spider web, halangan tembok serta commando crawl. Aktiviti tersebut banyak menguji keberanian dan ketangkasan peserta. Semuanya gembira walaupun pada awalnya ada yang menangis kerana gayat. :-)






Majlis Penutup

Perasmian penutup dilakukan oleh Puan Adibah Binti Mohd Kalid, Guru Besar SK Bukit Rahmat yang bersama-sama dengan peserta sepanjang perkhemahan ini. 


Makan-makan sebelum balik

Amboi.. seronoknya..

Gembira sehingga melompat tinggi

Guru-guru pengiring yang setia bersama-sama selama 2 hari 1 malam

Style sekarang amik gambar tutup muka ! Malu-malu kucing.. hehe

Putrajaya, here we came !

Beratur untuk menaiki perahu Lepa-lepa untuk mengelilingi tasik Putrajaya

Seronoknya naik Lepa-lepa sambil mengelilingi tasik Putrajaya

Alhamdulillah, berakhir sudah perkhemahan bersepadu sambil melawat Putrajaya. Kami selamat tiba di sekolah pada pukul 9.00 malam.



Wednesday, 12 October 2016

LAWATAN PENANDA ARAS



  LAWATAN PENANDA ARAS KE PUSAT SUMBER CEMERLANG 
DAERAH TANGKAK 2016 
OLEH
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PUSAT KEGIATAN GURU , 
GURU-GURU BESAR, GURU-GURU PENOLONG KANAN DAN GURU-GURU ZON PARIT BUNGA


Puan Adibah Binti Mohd Kalid, Guru Besar SK Bukit Rahmat sedang memberi ucapan alu-aluan

Puan Zaharah Binti Kodiran, Guru NILAM SK Bukit Rahmat sedang mengedarkan Buku Program

Antara guru-guru pelawat yang terlibat
  
Encik Arshad Bin Haron, Pegawai Teknologi Pendidikan
daripada Pusat Kegiatan Guru Parit Bunga, Tangkak
sedang memberi ucapan.
Pra Sekolah An-Nur SK Bukit Rahmat

Tinjauan lukisan 3D Matematik di Lorong  Al-Khawarizmi


Mendengar taklimat oleh Puan Nurjannah Binti Jairani mengenai My Kiosk 



Semua Pegawai Teknologi Pendidikan dan Guru-guru bergambar di hadapan
Dewan Darul Takzim SK Bukit Rahmat

Bersantai-santai di Taman NILAM



Persemabahan multimedia oleh Puan Adibah Binti Mohd Kalid

Apa maksud senyuman ini ??

Orang kuat PSSC SK Bukit Rahmat, Cik Safura Binti Samsudin dan
 Encik Mohd Arshad Bin Haron, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Parit Bunga

Mengadap fail-fail Pusat Sumber yang banyaaaaaaakkkk...

Bilik Media 

Dalam Pusat Sumber SK Bukit Rahmat

Bilik BBM

Di hadapan Bilik Sains

Dalam Bilik Sains

Taman NILAM dari pandangan atas

Makan-makan time !! :-) 

Kami !!

Sunday, 17 April 2016

CARTA ORGANISASI INDUK 2016

 PUAN ADIBAH BINTI MOHD KALID 
GURU BESAR


ENCIK MOHD ILHAM BIN MUSLEH
GPK PENTADBIRAN


 ENCIK AHMAD BASRI BIN ABAS
GPK HAL EHWAL MURID (HEM)


ENCIK MOHD SYAIFUL BIN ABD WAHID
GPK KOKURIKULUM

 CIK SAFURA BINTI SAMSUDIN
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA


PUAN ZAHARAH BINTI KODIRAN
GURU PENYELARAS NILAM