Visi dan Misi

Visi dan Misi

Sunday, 16 October 2016

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM  2016 
KOLABORASI DENGAN PSS SK BUKIT RAHMAT
DI KINGFISHER CAMPSITE, HULU LANGAT, SELANGOR

Pada 14/10 hingga 15/10, Unit Kokurikulum SK Bukit Rahmat dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat telah mengajurkan satu perkhemahan di Kingfisher Campsite, Hulu Langat, Selangor. Perkhemahan ini disertai oleh 34 orang murid tahun 5 dan 6 yang terdiri daripada ahli Pengakap dan Puteri Islam. Murid-murid diiringi oleh 6 orang guru pengiring iaitu Puan Adibah Binti Mohd Kalid (Guru Besar), Encik Mohd Syaiful Bin Abd Wahid (GPK KOKO), Cik Safura Binti Samsudin (Guru Perpustakaan dan Media), Puan Zaliha Binti Mohamed (Guru Penyelaras Program Tahun 6), Puan Roseliana Binti Rusli (Guru Penyelaras Pengakap), Puan Nurjannah Binti Jairani (Guru Penyelaras Kelab) dan Cik Norasikin Binti Mohd Johar (Guru Pendidikan Khas Integrasi).






Sebahagian ibu bapa yang menghantar anak-anak

Menikmati sarapan pagi di RnR Ayer Keroh

Kami tiba di Kingfisher Campsite pada pukul 11.30 tengah hari. Perkara pertama yang kami lakukan ialah chek in di Dorm Kedidi yang boleh memuatkan 17 orang peserta pada satu-satu masa. Dorm yang selesa dilengkapi dengan katil double decker dan mempunyai 2 bilik air.
Check in di Dorm Penginapan Kedidi

Hari pertama 

Aktiviti pertama kami ialah cara-cara membaca kompas. Cikgu Syaiful mengajar semua peserta cara-cara membaca kompas.
Aktiviti 1 -  Cara-cara Membaca Kompas

Aktiviti kedua ialah ikhtiar hidup. Setiap kumpulan diberi tugas untuk memasak murtabak maggi , memasak telur menggunakan botol air mineral dan memasak puding roti dengan menggunakan kotak minuman.


Antara masakan yang dipamerkan

Masakan dinilai oleh para guru pengiring
Hari kedua

Aktiviti kami ialah melepasi halangan (obstacle). Antara halangan tersebut ialah monkey rack, spider web, halangan tembok serta commando crawl. Aktiviti tersebut banyak menguji keberanian dan ketangkasan peserta. Semuanya gembira walaupun pada awalnya ada yang menangis kerana gayat. :-)






Majlis Penutup

Perasmian penutup dilakukan oleh Puan Adibah Binti Mohd Kalid, Guru Besar SK Bukit Rahmat yang bersama-sama dengan peserta sepanjang perkhemahan ini. 


Makan-makan sebelum balik

Amboi.. seronoknya..

Gembira sehingga melompat tinggi

Guru-guru pengiring yang setia bersama-sama selama 2 hari 1 malam

Style sekarang amik gambar tutup muka ! Malu-malu kucing.. hehe

Putrajaya, here we came !

Beratur untuk menaiki perahu Lepa-lepa untuk mengelilingi tasik Putrajaya

Seronoknya naik Lepa-lepa sambil mengelilingi tasik Putrajaya

Alhamdulillah, berakhir sudah perkhemahan bersepadu sambil melawat Putrajaya. Kami selamat tiba di sekolah pada pukul 9.00 malam.