Visi dan Misi

Visi dan Misi

Monday, 18 January 2016

MINGGU TRANSISI MURID TAHUN 1/2016

MENGAPA KITA MENGADAKAN PROGRAM TRANSISI?
Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid-murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran  secara formal di Tahun Satu.
APAKAH TUJUAN PROGRAM TRANSISI?
Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
Keseluruhannya bertujuan untuk meningkatkan minat dan semangat murid-murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.
 APAKAH TEMA PROGRAM TRANSISI?
”MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA”
 MINDA CERDAS:
Membina dan mengaplikasi kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti terancang menunjukkan minda yang cerdas.
 MATA BERCAHAYA:
 Dapat membina semangat dan terbentuk perasaan gembira hendak belajar bersama kawan-kawan dalam suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru.






No comments:

Post a Comment